Betta Malaya Farm


Selamat datang ke Betta Malaya Farm,Kami adalah pembiak/membangunkan baka serta menjual ikan pelaga dari jenis Halfmoon dan Halfmoon plakad.Kami akan cuba update stok setiap minggu supaya anda boleh melihat dan memilih ikan pelaga baru.Jika anda mempunyai apa-apa soalan sila tidak teragak-agak e-melkan kepada kami.

Jumaat, 13 Januari 2012

Pengenalan Ikan Pelaga (Betta Fish)

Pendahuluan
Ikan pelaga ni sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis-jenis yang berbeza..ia dapat dikenal pasti melalui bentuk ekornya.ada spesis crown tail,halfmoon plakat,halfmoon atau jenis yang biasa.Jenis ikan pelaga yang disukai biasanya half moon..cantik bila dilihat...ikan pelaga ini mempunyai bermacam-macam warna dan kualitinya juga dinilai dari warna,sama ada sekata atau seragam

Jantina
cara nak kenal ikan jantan agak senang..biasanya ikan jantan ekor die panjang.tapi tidak semestinya sebab sekarang nie para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang juga.Jadi masalah lah sikit..tapi yg betina ni korang akan dapat kenal pasti melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya..bawah badan ikan tu.

Kematangan
untuk pembiakan korang memerlukan induk yang matang jadi pilihlah dengan betul..

Jantan
induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..itu maknanya dia tengah 'hot' lah tu.

Betina
Bagi yang betina pula,macam biasa lah perut atau abdomen dia akan buncit,dan terdapat biji putih di bahagian anusnya, serta mempunyai garisan menegak pada badan untuk yang telah bersedia untuk sesi pembiakan..


Jenis-jenis ikan pelaga




Halfmoon Plakat




Halfmoon

Halfmoon



Crowntail




Double Tail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan